Tuesday, July 24, 2012

BISKUT HARI INI


RESEPI 1



CHOCO BALL

Bahan-Bahannya: (Untuk 15 Biji)

·                                 70g tepung
·                                 30g serbuk koko
·                                 50g gula aising
·                                 2 sudu besar minyak masak
·                                 2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
·                                 1/4 sudu kecil baking powder
·                                 Cokelat masakan
·                                 Cokelat rice
·                                 2 sudu besar susu segar


Caranya:

1.                              Panaskan oven pada 180degree
2.                              Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko.
Gaulkan hingga sebati.  
3.                              Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
4.                              Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
5.                              Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
6.                              Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
7.                              Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
8.                              Lepas tu celup dalam cokelat masakan yang telah dicairkan dengan
Kaedah double boiler dan masukkan dalam paper cup. Taburkan dengan cokelat rice.




RESEPI 2
 
CHOCO BALL
  
Bahan-bahan ( 4-6 org makan )
  • 250gm kek coklat-hancurkan
  • 1/4 cup hazelnut/walnut kisar
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu besar jus oren
  • 80gm butter-suhu bilik
  • 1 sudu besar jam blackberry
  • 50gm coklat block-parut
  • 1/2 cawan coklar rice

Cara-cara

  1. campur butter dan blackberry jam dalam periuk. masak atas api perlahan hingga cair. ketepikan.
  2. campurkan kek, walnut/hazelnut, golden syrup n jus oren. gaul. masukkan campuran butter tadi. kacau perlahan hingga sebati sambil memasukkan coklat parut. kacau sebati.
  3. buat bentuk bulat sebesar yg diingini dan golekkan atas coklat rice tadi. masuk dalam paper cup. masukkan dalam fridge. 
  4.  
  5.  
 JEJARI OAT
 


 
Jejari Oat (Resepi 1)

Bahan A:-
170gm Butter
1 biji kuning telur
2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil esen vanilla
85gm gula halus

Bahan B:-
150gm Tepun superfine/gandum (ayak)
125gm Oat ( dibakar dan dimesin kasar)
25gm Nestum (dimesin kasar)
20gm serbuk koko (ayak)

Hiasan:-
1 cawan susu tepung
1/2 cawan gula ising

cara-cara:-
1. Pukul bahan A hingga kembang
2. Masuk bahan B, gaul sebati
3. Canai dan terap ikut saiz dan bentuk digemari
4. Bakar selama 20-25 minit 180'c
5. Biarkan sejuk dan salut dengan campuran susu dan gula icing.


 


BISKUT JEJARI OATS (Resepi 2)

Ingredients :

250 g oats
430 g tepung gandum
230 g gula kastor
1 1/2 sudu makan serbuk koko
200 g Ghee
125 g butter
Susu tepung untuk balutan

Caranya:


1. Campurkan oat, gula kastor, serbuk koko, ghee dan butter.

2. Campurkan tepung, sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang lembut. Jangan gunakan kesemua tepung, sebab saya pun tak ingat berapa banyak tepung yang harus digunakan. (Toing! Toing!).

3. Ambil sedikit doh dan bentukkan ia seperti jejari.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 ºC

5. Bila telah masak, sejukkan biskut dan kemudian salutkan dengan susu tepung.




No comments:

Post a Comment